Syarat-syarat
Penerangan penafian umum
Laman ini mengandungi maklumat, data, dokumen, halaman dan imej yang disiapkan oleh NSW Ministry of Health (“Maklumat ini”) untuk dan bagi pihak Crown (Kerajaan) yang berdaulat di Negeri New South Wales (“Negeri New South Wales”). Maklumat ini dilindungi oleh hak cipta Crown.
Meskipun Maklumat ini yang terkandung di laman ini dibentangkan dengan penuh berhati-hati, Negeri New South Wales tidak menjamin atau menyatakan bahawa Maklumat ini tiada kesilapan atau maklumat yang tertinggal.
Maklumat ini disediakan dengan kefahaman bahawa Negeri New South Wales dan pekerja serta ejennya tiada liabiliti (termasuk liabiliti disebabkan kecuaian) terhadap pengguna bagi apa jua kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau timbul disebabkan sesiapa menggunakan atau bersandar pada maklumat itu dan sama ada disebabkan oleh kesilapan, perbuatan cuai, atau salah penyampaian Maklumat ini atau selainnya.
Ketepatan maklumat
Meskipun Maklumat ini dianggap benar dan betul pada waktu penerbitan, perubahan keadaan selepas waktu penerbitan mungkin menjejas ketepatan Maklumat ini. Maklumat ini mungkin berubah tanpa pemberitahuan dan Negeri New South Wales sama sekali tiada liabiliti bagi ketepatan apa jua maklumat yang dicetak dan disimpan atau dengan cara apa pun ditafsirkan dan digunakan oleh pengguna.
Pautan ke laman pihak ketiga
Maklumat ini yang terkandung di laman ini termasuk maklumat yang didapati daripada pelbagai pihak ketiga yang tidak disahkan atau disokong oleh Negeri New South Wales dan tidak semestinya mencerminkan apa jua dasar, prosedur, piawai atau garis panduan Negeri New South Wales.
Negeri New South Wales tidak bertanggungjawab atas ketepatan, kemas kini, kebolehpercayaan atau betulnya apa jua maklumat yang disertakan dalam Maklumat ini yang disediakan oleh pihak ketiga itu, mahupun atas ketepatan, kemas kini, kebolehpercayaan atau betulnya pautan atau rujukan kepada sumber maklumat (termasuk Laman Internet) di luar NSW Ministry of Health.
Pautan ke Laman Internet lain tidak dikuasai oleh Negeri New South Wales dan disediakan sebagai penerangan sahaja. Pautan tersebut telah disediakan dengan berhati-hati sebagai sumber rujukan yang sesuai. Namun, disebabkan kandungan Internet sentiasa berubah-ubah, pengguna bertanggungjawab menyiasat, menyelidiki dan membuat keputusan sendiri tentang maklumat yang didapati daripada Laman Internet lain. Dengan menyediakan pautan-pautan ini, tidak bermakna Negeri New South Wales mengesahkan, tidak mengesahkan, menyokong atau mendapat keuntungan komersial.
Garis panduan membuat pautan
NSW Health mengalu-alukan pautan daripada kebanyakan laman web ke laman ini. Jika anda membuat pautan, sila patuhi garis panduan ini:
- Nama laman web ini yang betul ialah NSW Health dan alamat laman web (URL) yang betul ialah www.health.nsw.gov.au.
- Pautan ke laman web NSW Health hendaklah pada umumnya dibuat ke laman utama iaitu www.health.nsw.gov.au. Pautan ke bahagian lain di laman ini mungkin terputus, kerana URL bagi halaman tertentu kadangkala berubah.
- Logo NSW Health dan NSW Government tertakluk kepada hak cipta dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran.
- Anda tidak boleh menerbitkan semula, menyusun semula atau memformat semula halaman, imej, fail, maklumat dan bahan di laman ini di mana-mana laman lain tanpa izin NSW Health.
- Semua pautan ke laman NSW Health hendaklah ditetapkan supaya dibuka dalam tetingkap browser yang baharu dan bukan dalam bingkai apa pun yang lain.
- Anda tidak dibenarkan menggunakan pautan itu untuk menyatakan, atau dengan cara apa pun memberi gambaran, bahawa NSW Government atau NSW Health mengesahkan syarikat, perkhidmatan atau produk anda.
- Anda tidak boleh menyalin atau menggunakan semula kandungan daripada laman ini atau cuba menyampaikan kandungan itu seolah-olah milik anda sendiri.
- Anda tidak boleh menggunakan apa jua bahan atau kandungan yang terdapat di laman ini secara menyalahi undang-undang.
Jika anda membuat pautan ke laman kami, sukacita kami jika dihubungi dan dimaklumkan.
Notis hak cipta
© State of New South Wales NSW Ministry of Health 2023.
Pernyataan hak cipta umum
Negeri New South Wales, bertindak melalui NSW Ministry of Health, menyokong dan menggalakkan penggunaan semula maklumatnya yang dibiayai umum, serta mengesahkan penggunaan Australian Governments Open Access and Licensing Framework (AusGOAL).
Semua bahan NSW Health di laman web ini dilesenkan menurut lesen Creative Commons Attribution 4.0, kecuali yang dinyatakan di bawah.
Sila akui hak cipta dengan cara begini:
© State of New South Wales NSW Ministry of Health. Bagi penerangan yang kemas kini, sila layari www.health.nsw.gov.au.
Kami juga meminta anda memerhati dan mengekalkan sebarang hak cipta atau notis berkaitan yang mungkin mengiringi bahan ini sebagai sebahagian daripada atribusi.
Bahan tidak dilesenkan menurut lesen Creative Commons
Bahan berikut yang boleh didapati daripada laman web ini tidak dilesenkan menurut lesen Creative Commons:
- Jata Negeri dan apa jua lambang, logo atau cap dagang Negeri NSW atau mana-mana Jabatan atau agensi Negeri (kecuali secara kebetulan disalin semasa menggunakan dokumen yang tidak diubah menurut lesen Creative Commons)
- Apa jua bahan pihak ketiga kecuali jelas dinyatakan sebagai bahan yang diterbitkan menurut lesen Creative Commons, dan
- Apa jua bahan di laman web ini yang jelas dinyatakan sebagai bahan yang diterbitkan menurut syarat-syarat ditetapkan yang bukan lesen Creative Commons.
Bagaimana cara memohon kebenaran rasmi NSW Ministry of Health untuk menerbitkan semula maklumat?
Jika ingin menerbitkan semula, mengubah, menyimpan atau mengirimkan bahan yang dipaparkan di laman NSW Ministry of Health, untuk tujuan selain daripada tujuan peribadi, dalam syarikat atau bukan komersial, lengkapkan Borang Request for Copyright Permission.